Gaji minimum RM1,500 bulanan di Malaysia

Gaji minimum RM1,500 bulanan di Malaysia

Gaji minimum RM1,500 bulanan di Malaysia

Pekerja negara ini dijangka menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Ini merupakan satu berita yang amat baik untuk semua pekerja, terutama golongan yang dapat gaji minimum atau gaji yang kurang daripada RM1500.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Gaji minimum  untuk pekerja swasta?

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan seharusnya memahami keperluan mendesak bagi pekerja swasta seperti pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan pekerja ladang yang bergaji RM1,200. Kerajaan perlu mewajibkan gaji minimum RM1,500 kepada syarikat swasta melalui perintah gaji minimum.

Jika gaji minimum RM1500 dilaksanakan ke semua sektor seluruh negara, apakah pendapat anda? Mari kita bincangkan di comment.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *